Kelahiran


Mabruk diucapkan kepada abangku iaitu Ustaz Firdaus Akob dan Ustazah Khairun Nisa' di atas kelahiran anak kedua (putera) mereka pada 19 februari 2010 bersamaan 6 Rabiul Awal 1431 H, pada jam 3 petang, bertempat di Al Ahram Hospital, Alexandria, Egypt.


Nampaknya Najla' Nasuha sudah mempunyai adik baru. Pastinya dia sangat-sangat gembira kerana sudah mempunyai teman sepermainan yang baru. Lepas ni tak perlulah dia ajak ammu main bersama-sama dengannya lagi..(",)

InsyaALLAH jika ada masa ammu akan datang menziarahi Najla' dan Muhammad. Rindu rasanya nak bermain-main dengan Najla' dan Muhammad.

Muhammad


Najla' Nasuha yang comel

Moga kelahiran anak kedua mereka ini memberi keberkatan serta mengeratkan lagi kasih sayang dan kebahagiaan di antara mereka sekeluarga. Moga putera baru mereka ini akan menjadi anak yang soleh serta bisa menjadi pejuang Islam yang hebat. Eem, ntah bila pula tiba masanya untukku mempunyai keluarga sendiri ye.. Moga dipercepatkan dan dipermudahkan..Amin.(",)

-AL FAQIR ILALLAH-


Posted on 7:09:00 am by egtanta and filed under | 1 Comments »

Pengajian Tafaqquh Fiddin Bersama Syeikh Nuruddin


Setiap tahun bumi Ardil Kinanah ini akan dikunjungi oleh seorang tokoh ulama' nusantara yang sangat disegani dan dihormati oleh semua mahasiswa-mahasiswi Malaysia di sini iaitu Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki. Kehadiran beliau ke sini pada setiap tahun adalah semata-mata untuk mencurahkan ilmu dengan mendidik dan mengajar beberapa buah kitab kepada penuntut-penuntut ilmu di sini.

Alhamdulillah pada bulan Rabi'ul Awal ini, beliau masih lagi meluangkan masa beliau untuk meneruskan pengajiannya kepada mahasiswa-mahasiswi di sini. Kelas pengajian ini telah pun bermula sejak 6 hari yang lalu iaitu pada 16 Februari 2010 dan akan berakhir pada 5 Mac 2010. Ianya diadakan pada waktu selepas Asar dan selepas Isyak bertempat di Dewan At-Tasamuh Wal Ikha', Asrama Darul Aman 3, Haiyu Sabiek. Antara kitab-kitab yang didaurahkan oleh beliau pada kali ini adalah kitab Adabul Mufrad, Al Khairat Al Hisan, Ma'a Aulia illah As Solihin dan Tahzib Miskah Al Masobih.

Bagi sahabat-sahabat yang berada di Malaysia dan di negara selain Mesir, pula bolehlah mengikuti pengajian tafaqquh fiddin ini secara online di laman web http://www.almuttaqin.tv/

Di kesempatan ini, ana menyeru kepada diri ana dan sahabat-sahabiah yang berada di Ardil Kinanah ini untuk sama-sama kita hadir ke majlis tafaqquh bagi menambah ilmu pengetahuan dan mengisi masa lapang yang ada dengan majlis ilmu. Moga kita semua mendapat manfaat dan keberkatan daripadanya. Selamat bertafaqquh kepada semua.


-AL FAQIR ILALLAH-


Posted on 11:21:00 am by egtanta and filed under | 0 Comments »

Sendiri Menyepi


Sebuah lagu yang ingin dikongsi bersama sahabat-sahabat sekalian..Lagu daripada kumpulan edcoustic..Cukup suka lagu ini..Kena dengan diri ini rasanya..(",)



Sendiri Menyepi..
Tenggelam dalam renungan
Ada apa aku seakan kujauh dari ketenangan
perlahan kucari, mengapa diriku hampa…
mungkin ada salah, mungkin ku tersesat,
mungkin dan mungkin lagi…

Oh Tuhan aku merasa
sendiri menyepi
ingin ku menangis, menyesali diri, mengapa terjadi
sampai kapan ku begini
resah tak bertepi
kembalikan aku pada cahayaMu yang sempat menyala
benderang di hidupku..

Perlahan kucari, mengapa diriku hampa
mungkin ada salah mungkin ku tersesat,
mungkin dan mungkin lagi

Oh Tuhan aku merasa..

sendiri menyepi…
Ingin ku menangis, menyesali diri, mengapa terjadi
sampai kapan ku begini
resah tak bertepi
kembalikan aku pada cahayaMu yang sempat menyala

Oh Tuhan aku merasaaaaaaaa……
seeeeendiri….aku merasa sendiri..
sampai kapan begini
resah tiada bertepi…Ooohh..
Kuingin cahyaMu
benderang di hidupku..




Posted on 9:21:00 pm by egtanta and filed under | 0 Comments »

Kembali..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani...

Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam, ahli keluarga Baginda, para sahabat serta seluruh muslimin dan muslimat.

Alhamdulillah jutaan kesyukuran diucapkan kehadrat Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana diri ini masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara segar di muka bumi ini, masih lagi diberi pinjaman nikmat kehidupan, dan masih lagi diberi peluang untuk menyambung dan meneruskan perjuangan yang tiada kesudahannya ini.

Terlalu lama rasanya blog ini tidak diupdate. Kesibukan dengan urusan, tugas serta amanah yang perlu dipikul di kaherah telah membataskan sedikit waktu untuk diri ini mengupdate blog ini. Mungkin kerana sebelum ini ketika di Tanta ada komputer sendiri, maka mudah untuk untuk menaip dan mencari idea untuk mengupdate blog. Tetapi apabila berada di kaherah maka susah sedikit kerana tiada komputer. Nak pergi ke cc malas pulak. Namun, itu semua tidak boleh menjadi alasan. Kerana seperti kata pepatah "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan". Oleh itu perlu ada usaha dan semangat yang tiada lelahnya. Kerana dalam perjuangan tidak ada masa untuk berehat dan berhenti seketika. Perlu diteruskan sehingga bertemu denganNYA.

Kadang-kadang terlintas dalam fikiran ini, kenapa tidak mencuri waktu untuk mengupdate blog ini, sedangkan ada waktu untuk mengupdate blog persatuan. Pulak tu diri ini juga menjadi salah seorang tenaga pengajar dan rujukan kepada sahabat-sahabat yang ingin belajar membuat blog. Ish, macam manalah boleh jadi camni ek..Kita mengajar dan memberi semangat kepada orang lain untuk membuat blog, sedangkan blog kita tidak diupdate2..

Teringat akan kata-kata Ustaz Nasaruddin Tantawi yang menyatakan di dalam blognya iaitu
"Ada di kalangan kita suka buat blog, lepas itu kemaskini selama lima bulan sekali. Ini seperti orang buat rumah, kemudian dia biarkan laman rumah dipenuhi dengan lalang dan semak samun, lepas tu dia menjemput kita masuk, siapa nak masuk kalau rumah seperti itu lebih baik tidak payah buat blog." Benar sekali kata beliau itu. Kenyataan beliau ini betul-betul kena tepat pada diriku ini.

Oleh itu, dengan mengambil iktibar dari kata-kata beliau itu, teguran serta kata-kata semangat daripada sahabat-sahabat seperjuangan, maka diri ini berazam untuk meneruskan dan mengupdate blog ini dengan sebaik-baiknya bagi meneruskan usaha penyebaran dakwah serta berkongsi ilmu yang sedikit ini kepada semua umat manusia.InsyaALLAH..

Moga diri ini terus istiqamah dalam perjuangan ini..Amin..

-AL FAQIR ILALLAH-
Posted on 5:11:00 pm by egtanta and filed under | 0 Comments »

Syair Arab


قال الشاعر

إِذَا أَنْتَ لَمْ تَرْحَلْ بِزَادٍ مِنَ التُّقَى # وَلاَقَيْتَ بَعْدَ الْمَوْتِ مَنْ قَدْ تَزَوَّدَا


نَدِمْتَ عَلَى أَلاَّ تَكُوْنَ كَمِثْلِهِ # وَأَنَّكَ لَمْ تَرْصِدْ كَمَا كَانَ أَرْصَدَا


Telah berkata seorang penyair :


Jika kamu tidak berbekalkan untuk dirimu dengan ketakwaan sebelum kamu bertemu ajal # dan kamu akan bertemu dengan orang-orang yang telah berbekal dengan amalan soleh.


Kamu pasti akan menyesal kerana tidak seperti mereka # dan kamu tidak bersedia sepertimana mereka bersedia.





قال الشاعر:


تَوَاضَعْ تَكُنْ كَالنَّجْمِ لاَحَ لِناَظِرٍ # عَلىَ صَفَحَاتِ الْمَاءِ وَهُوَ رَفِيْعُ


وَلاَ تَكُ كاَلدُّخَانِ يَعْلُوْ بِنَفْسِهِ # عَلىَ صَفَحَاتِ الْجَوِّ وَهُوَ وَضِيْعُ



Telah berkata seorang penyair:


Rendahkanlah diri kamu nescaya kamu akan menjadi seperti bintang yang nampak jelas oleh orang yang melihatnya # walaupun ianya dilihat dipermukaan air masih kelihatan tinggi.


Janganlah kamu menjadi seperti asap yang naik tinggi dengan sendirinya # ke atas udara padahal ianya langsung tidak berharga.




قال الشاعر:


وَقَلَّ مَنْ جَدَّ فَيْ أَمْرٍ يُحَاوِلُهُ # وَاسْتَشْعَرَ الصَّبْرَ إِلاَّ فَازَ بِالظَّفَرِ


كَمْ حَاجَةً بِمَكاَنِ النَّجْمِ قَرَّبَهَا # طُوْلُ التَّرَدُّدِ فِي الرَّوْحَاتِ وَالْبُكُرِ



Telah berkata seorang penyair:


Siapa yang gigih berusaha untuk mendapatkan sesuatu # dengan penuh bersabar pasti dia akan mencapai segala yang diimpikannya.


Berapa banyak sekali hajat dan permintaan yang ia terdapat di bintang # dia mampu untuk memperolehinya dengan penat lelah disiang dan malam hari.



-AL FAQIR ILALLAH-



Posted on 6:31:00 pm by egtanta and filed under | 0 Comments »

Kembara Ilmu

Kembara ilmu selaut cahaya
Milik tuhan tiada bertepi
Diselam tak jejak ke dasar
Ditimba tak luak setitis

Kembara misi lembah nurani
Menakung titisan ilmu suluhan budi
Resapan dari akal yang murni
Untuk diuntai mutiara sufi
Menjadi azimat menuju firdausi

Lembah nurani fitrahnya suci
Jangan ditinggal gersang
Jangan dibiar hitam
Gersang nurani kerana tiada ilmu
Hitam nurani kerana dosa bertimbun

Noda di hati melemahkan minda
Kembara sufi terasa sukar
Sesatlah di dalam pelayaran
Hanyut tiada pedoman
Akhirnya karam dalam kegagalan

-AL FAQIR ILALLAH-
Posted on 1:40:00 am by egtanta and filed under | 0 Comments »