Pengajian Tafaqquh Fiddin Bersama Syeikh Nuruddin


Setiap tahun bumi Ardil Kinanah ini akan dikunjungi oleh seorang tokoh ulama' nusantara yang sangat disegani dan dihormati oleh semua mahasiswa-mahasiswi Malaysia di sini iaitu Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki. Kehadiran beliau ke sini pada setiap tahun adalah semata-mata untuk mencurahkan ilmu dengan mendidik dan mengajar beberapa buah kitab kepada penuntut-penuntut ilmu di sini.

Alhamdulillah pada bulan Rabi'ul Awal ini, beliau masih lagi meluangkan masa beliau untuk meneruskan pengajiannya kepada mahasiswa-mahasiswi di sini. Kelas pengajian ini telah pun bermula sejak 6 hari yang lalu iaitu pada 16 Februari 2010 dan akan berakhir pada 5 Mac 2010. Ianya diadakan pada waktu selepas Asar dan selepas Isyak bertempat di Dewan At-Tasamuh Wal Ikha', Asrama Darul Aman 3, Haiyu Sabiek. Antara kitab-kitab yang didaurahkan oleh beliau pada kali ini adalah kitab Adabul Mufrad, Al Khairat Al Hisan, Ma'a Aulia illah As Solihin dan Tahzib Miskah Al Masobih.

Bagi sahabat-sahabat yang berada di Malaysia dan di negara selain Mesir, pula bolehlah mengikuti pengajian tafaqquh fiddin ini secara online di laman web http://www.almuttaqin.tv/

Di kesempatan ini, ana menyeru kepada diri ana dan sahabat-sahabiah yang berada di Ardil Kinanah ini untuk sama-sama kita hadir ke majlis tafaqquh bagi menambah ilmu pengetahuan dan mengisi masa lapang yang ada dengan majlis ilmu. Moga kita semua mendapat manfaat dan keberkatan daripadanya. Selamat bertafaqquh kepada semua.


-AL FAQIR ILALLAH-


Posted on 11:21:00 am by egtanta and filed under | 0 Comments »

0 comments: