Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."
Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di pasar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."
Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu."
Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai."
Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."
Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."
wallahua'lam..
Posted on 10:34:00 am by egtanta and filed under | 1 Comments »
Menjelang 14 Februari setiap tahun, masyarakat di seluruh dunia terutamanya remaja-remaja dan pasangan-pasangan kekasih akan meraikan Valentine's Day ataupun Hari Kekasih. Perayaan ini dikenali sebagai perayaan hari berkasih sayang, yang menurut mereka adalah saat dan waktu yang paling tepat untuk mengungkapkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada orang yang paling dicintai atau dikasihi. Jika difikirkan secara logikalnya, perayaan ini amat baik dan bermakna. Namun begitu, adakah ianya dibenarkan oleh Islam?? Oleh itu, cuba kita lihat kepada sejarah permulaan Valentine's Day ini dahulu.
SEJARAH PERMULAAN VALENTINE'S DAY
Terdapat banyak pendapat mengenai asal -usul Valentine's Day ini antaranya ialah :-
1) Pendapat pertama menyatakan Valentine's Day bermula semasa pemerintahan Empayar Rom iaitu dengan menetap 14 Februari sebagai hari cuti untuk memperingati Dewi Juno (Dewi Cinta) iaitu ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mengambil kertas di dalam bekas tersebut dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung. Dan jika sesuai, mereka akan meneruskan hubungan mereka sehingga ke alam perkahwinan.
2) Pendapat kedua menyatakan, pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270 M). Pada malam itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret yang akhirnya dihukum mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.
3) Pendapat ketiga menyatakan Valentine Day's diambil dari nama seorang Paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu Isabella telah menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.
4) Pendapat keempat pula menyatakan di dalam bahasa Perancis-Normandia terdapat kata Galentine yang berasal dari kata Galant yang bererti cinta. Persamaan kata "Galentine" dan "Valentine" telah memberi idea kepada orang-orang Eropah bahawa sebaiknya pada tanggal 14 Februari digunakan untuk mencari pasangan.
Terdapat banyak lagi pendapat-pendapat mengenai sejarah bermulanya Valentine's Day ini. Kita tidak tahu yang manakah yang paling benar. Namun begitu, jika dilihat kepada sejarah yang dinukilkan di atas, sambutan Valentine's Day ini berhubung rapat dengan sejarah, tradisi, kepercayaan ritual dalam ajaran Kristian.
Sebagai kesimpulannya, budaya dan amalan merayakan Valentine's Day adalah dilarang oleh Islam. Ini kerana ia berkait dengan kepercayaan ritual orang-orang Kristian dan bercanggah dengan syarak. Sebagai seorang Muslim tanyalah pada diri kita sendiri, apakah kita akan mengikuti dan mencontohi begitu sahaja sesuatu yang jelas bukan bersumber daripada Islam?? Tepuk dada tanyalah iman.
Wallahua'lam..
-AL FAQIR ILALLAH-
Posted on 8:09:00 am by egtanta and filed under | 2 Comments »
Ketika semua masyarakat di seluruh dunia menyambut Tahun Baru 2009 dengan penuh meriah, saudara-saudara kita di Palestin telahpun diberikan "hadiah yang amat istimewa" sempena tahun baru ini oleh tentera-tentera Israel laknatullah dengan melancarkan serangan bertalu-talu ke arah penempatan penduduk-penduduk Palestin di Gaza. Hari ini merupakan hari keenam Israel laknatullah melancarkan serangannya di Gaza. Serangan yang bermula sejak 27 Disember 2008 ini dilihat semakin hebat. Jumlah mangsa (penduduk Palestin Gaza) yang terkorban (syahid) adalah seramai 400 orang, manakala 2000 lagi mengalami kecederaan termasuk yang kritikal.
Serangan yang dilancarkan oleh tentera Israel laknatullah ini mendapat kecaman dan bantahan daripada semua masyarakat di seluruh dunia. Demontrasi-demontrasi telah dilakukan di kebanyakan negara bagi membantah serangan dan kekejaman yang dilakukan oleh tentera Israel laknatullah. Namun, ia tidak memberi apa-apa kesan langsung kepada Israel, malahan mereka memperhebatkan lagi serangan mereka.
Kita semua tidak mampu untuk mengangkat senjata pergi berjihad menolong saudara-saudara kita di Palestin. Namun, kita masih lagi ada "senjata rahsia" untuk menolong mereka iaitu dengan berdoa Qunud Nazilah kepada mereka, menderma dan memberi bantuan kewangan, serta memboikot produk-produk Israel.
Ramai orang yang marah, sensitif dan membantah serangan yang dilakukan oleh tentera Israel laktullah, namun mereka tidak sedar bahawa merekalah yang menjadi penyumbang dan menyalurkan wang kepada Israel dengan membeli dan menggunakan barangan-barangan serta produk-produk Israel. Oleh itu, kempen boikot yang telah diseru dan diwar-warkan oleh ulama-ulama dan persatuan-persatuan Islam selama ini harus diteruskan dan diperhebatkan lagi.
Qunut Nazilah
Qunut secara istilahnya adalah seperti yang dikatakan oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani rahimahullah:
“Suatu doa di dalam solat pada tempat yang khusus dalam keadaan berdiri.”(Fathul Bari 2/490).
Nazilah ertinya "malapetaka atau musibah yang turun menimpa kaum muslimin dalam bentuk gempa, banjir, peperangan, penganiayaan dan sebagainya".
Hukum Membaca Qunut Nazilah
Qunut Nazilah adalah suatu hal yang disyariatkan dan amat disunnahkan ketika terjadi musibah. Sunnah Qunut Nazilah ini merupakan pendapat para ulama dari mazhab Hanafi, Maliki, Syafie, Hanbali dan lain-lainnya. Imam Syafie rahimahullah berkata: “Apabila turun musibah kepada kaum muslimin disyariatkan membaca Qunut Nazilah pada seluruh solat wajib.” (Syarhus Sunnah karya Al-Baghawi 2/279).
Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah berkata : “Apabila turun bencana kepada kaum muslimin, hendaknya imam melakukan qunut dan diaminkan oleh orang yang dibelakangnya.” (Al-Mughni 1/450).
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata: “Di kalangan ulama ada tiga pendapat tentang qunut. Yang paling benar dari tiga pendapat tersebut, qunut disunnahkan ketika ada keperluan.،¨ (Taudhih Al-Ahkam).
Pendapat-pendapat di atas tentunya berlandaskan hadis-hadis yang sahih mutawatir seperti hadis Anas bin Malik R.A riwayat Bukhari-Muslim yang menjelaskan pelaksanaan Qunut Nazilah oleh Rasulullah S.A.W selama sebulan pada peristiwa pembunuhan 60 sahabat penghafaz Al-Quran, juga hadis Abu Hurairah R.A riwayat Bukhari-Muslim.
Ya Allah.. Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami. Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah, leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka. Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka. Goncangkan pendirian mereka. Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka. Wahai Tuhan yang gagah perkasa, Wahai Tuhan yang penuh raksasa, Wahai Tuhan yang bersifat murka. Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah.. Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, Wahai Tuhan yang mengerakkan awan, Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab, Kalahkan mereka, kalahkan mereka, kalahkan mereka. Dan menangkan kami ke atas mereka.
Bersama-samalah kita berdoa agar saudara-saudara kita di Palestin selamat dan Allah S.W.T memberi kemenangan kepada mereka dan menghancurkan Zionis Israel laknatullah..Amin..
-AL FAQIR ILALLAH-
Posted on 11:11:00 am by egtanta and filed under | 0 Comments »
Sedar tidak sedar sekarang kita semua telahpun berada di dalam Tahun Baru Islam 1430 Hijrah. Syukur kehadrat Allah S.W.T kerana masih lagi memanjangkan umur kita semua untuk meneruskan kehidupan dan menjalankan amanah serta tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi ini. Namun begitu, cuba kita renungkan dan muhasabah bersama-sama, apakah yang telah kita lakukan pada tahun-tahun yang telah berlalu itu? Adakah kita telahpun menunaikan amanah dan tanggungjawab kita sebagai seorang hamba dan khalifah Allah di muka bumi ini dengan sebaik-baiknya??
Muharram ertinya "yang diharamkan" atau "yang dipantangkan". Dinamakan Muharram kerana pada bulan ini dilarang berperang atau menumpahkan darah. Larangan ini berlangsung terus sampai pada masa permulaan Islam. Di antara peristiwa besar yang berlaku pada bulan ini ialah:-
- 1 Muharram : Maal Hijrah / Awal Muharram - 10 Muharram : Hari Asyura - 10 Muharram : Kematian Saidina Hussain R.A (cucu Baginda S.A.W) di Karbala pada 61 Hijrah.
Kita semua pastinya sudah mengetahui tentang bagaimana peristiwa Rasulullah S.A.W berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Oleh itu di sini ana ingin tumpukan kepada ibadah serta peristiwa-peristiwa lain yang berlaku pada bulan Muharram ini.
Keistimewaan Hari Asyura
Dalam bulan yang mulia ini terdapat satu hari yang paling bersejarah dalam diari umat Islam iaitu Hari Asyura. Oleh itu Rasulullah S.A.W menganjurkan umatnya supaya berpuasa, bersedekah, dan melakukan pelbagai jenis kebajikan pada hari ini. Sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Sekiranya aku masih hidup pada tahun hadapan, nescaya aku akan berpuasa pada hari kesembilan (Tasu'a) dan kesepuluh (Asyura)". (Hadis riwayat Muslim).
Daripada Hafsah R.A bahawa dia berkata : "Empat jenis ibadah yang tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi S.A.W : Puasa Hari Asyura, puasa sepuluh hari dalam bulan Zulhijjah, puasa tiga hari pada setiap bulan dan solat dua rakaat sebelum fajar". (Hadis riwayat An Nasai).
Daripada Ibnu Abbas R.A berkata : " Aku tidak pernah melihat Nabi S.A.W mengutamakan puasa pada satu hari melebihi hari-hari lain melainkan hari ini iaitu Hari Asyura dan bulan ini yakni bulan Ramadhan". (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Antara peristiwa-peristiwa lain yang berlaku pada Hari Asyura ialah :-
1) Kejadian langit dan bumi. 2) Kejadian laut dan bukit bukau. 3) Penciptaan Nabi Adam A.S dan juga Hawa. 4) Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam A.S. 5) Nabi Idris A.S dan Nabi Isa A.S diangkat ke langit. 6) Bahtera Nabi Nuh A.S tersadai di atas Bukit Al Judi. 7) Lahirnya Nabi Ibrahim A.S. 8) Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim A.S daripada api Namrud. 9) Allah S.W.T mengeluarkan Nabi Yunus A.S daripada perut ikan Nun. 10) Allah S.W.T mengembalikan penglihatan Nabi Yaakub A.S. 11) Allah S.W.T menyembuhkan penyakit Nabi Ayub A.S. 12) Allah S.W.T mengeluarkan Nabi Yusuf A.S daripada telaga yang dalam. 13) Nabi Yusuf A.S dibebaskan dari penjara. 14) Allah S.W.T menganugerahkan kerajaan kepada Nabi Sulaiman A.S. 15)Allah S.W.T membelah laut untuk Nabi Musa A.S dan menenggelamkan Firaun laknatullah serta bala tenteranya di Laut Merah.
Berkenaan dengan bulan Muharram ini juga, terciptanya TAQWIM HIJRI apabila Saidina Umar Al Khattab R.A yang merupakan Khalifah Islam kedua pada ketika itu telah menghantar surat perintah kepada Abu Musa Asya'ari di Basrah di mana dalam surat tersebut tertulis Syaaban. Abu Musa Asa'ari telah menghantar surat kepada Saidina Umar Al Khattab R.A untuk mengetahui masa yang sebenar tentang bulan Syaaban itu sama ada yang sedang mereka berada sekarang ataupun Syaaban yang telah lalu. Melihat perkara ini, maka Saidina Umar Al Khattab R.A terus memberi pandangan agar diadakan taqwim khas untuk panduan umat Islam. Pada tahun 17 Hijrah Saidina Umar Al Khattab R.A mencadangkan agar umat Islam mengadakan satu pembaharuan bagi memulakan tarikh perjalanan hidup berdasarkan taqwim khas. Beliau telah menghimpunkan umat Islam pada masa itu dan berbincang dengan mereka mengenai taqwim tersebut. Ada di kalangan mereka yang mencadangkan agar dimulakan mengikut tahun kenabian Nabi S.A.W tetapi beliau menolaknya. Kemudian ada yang mencadangkan agar dimulakan dengan mengambil tahun Hijrah Nabi S.A.W sebagai titik permulaan kepada taqwim umat Islam yang mana cadangan itu terus diterima.
Di sini bukanlah mahu diberikan penekanan tentang siapa yang mencipta atau bilakah terciptanya taqwim ini, tetapi ingin menyatakan kepada umat Islam adakah selama ini kita mengambil berat tentang taqwim tersebut, dan setakat manakah penggunaannya dalam kehidupan kita di alaf ini. Sedar atau tidak, rata-rata umat Islam telah diperdaya oleh golongan yang ingin menyerang umat Islam dengan menggunakan kaedah pemikiran atau perang saraf dengan cara mereka memperluaskan penggunaan kalendar mereka hingga menyebabkan kita terlupa terhadap semua peristiwa sejarah yang berlaku dalam Taqwim Hijri yang suatu masa dahulu begitu gah digunapakai.
Di sini kita dapat rumuskan betapa peri pentingnya TAQWIM HIJRI dalam memperingati peristiwa-peristiwa sejarah agar kita tidak melupai bagaimana perjuangan Nabi S.A.W serta para sahabat dalam menegakkan dan menyebarkan dakwah Islam hingga ia berdiri kukuh di seluruh pelusuk bumi. SEDARLAH!!!
Selamat Tahun Baru Islam 1430 Hijrah buat semua. Jadikanlah tahun 1430 Hijrah ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya yang telah berlalu. Sama-samalah kita berhijrah daripada perkara yang buruk kepada yang baik dan yang baik kepada yang lebih baik lagi.
-AL FAQIR ILALLAH-
Posted on 6:52:00 am by egtanta and filed under | 0 Comments »
Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya. Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran: DUNIA - 115 kali AKHIRAT - 115 kali MALAIKAT - 88 kali SYAITAN - 88 kali HIDUP - 145 kali MATI - 145 kali FAEDAH - 50 kali KERUGIAN - 50 kali UMMAH - 50 kali PENYAMPAI - 50 kali IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali BALA/MUSIBAH - 75 kali BERSYUKUR - 75 kali BERSEDEKAH - 73 kali BERPUAS HATI - 73 kali ORANG YANG SESAT - 17 kali ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali MUSLIMIN - 41 kali JIHAD - 41 kali EMAS - 8 kali KEMURAHAN HIDUP - 8 kali KEAJAIBAN - 60 kali FITNAH - 60 kali ZAKAT - 32 kali BERKAT - 32 kali MINDA - 49 kali NUR - 49 kali LIDAH - 25 kali SUMPAH - 25 kali NAFSU - 8 kali KETAKUTAN - 8 kali BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali BERDAKWAH - 18 kali KESUSAHAN - 114 kali KESABARAN - 114 kali MUHAMMAD - 4 kali SYARIAT - 4 kali LELAKI - 24 kali PEREMPUAN - 24 kali SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali BULAN - 12 kali HARI - 365 kali LAUTAN - 32 kali DARATAN - 13 kali LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45 Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus JUMLAH = 100 peratus Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus. Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!! Nota: Diterjemahkan daripada karya asal yang dipetik daripada "The Series Of The Scientific Miracles In Quraan," oleh Dr. Tariq Al Suwaidan.
Wallahua'lam..
Posted on 1:15:00 pm by egtanta and filed under | 0 Comments »
Burdah bin Musa Al-Asy’ari meriwayatkan, bahawa ketika menjelang wafatnya Abu Musa pernah berkata kepada puteranya, “Wahai anakku, ingatlah kamu akan cerita tentang seseorang yang mempunyai sebuku roti.”
Dahulu kala di sebuah tempat ibadah ada seorang lelaki yang sangat tekun beribadah kepada Allah. Ibadah yang dilakukannya itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun. Tempat ibadahnya tidak pernah ditinggalkannya, kecuali pada hari-hari yang telah dia tentukan. Akan tetapi pada suatu hari, dia digoda oleh seorang wanita sehingga dia pun tergoda dalam pujuk rayunya dan bergelumang di dalam dosa selama tujuh hari sebagaimana perkara yang dilakukan oleh pasangan suami-isteri. Setelah ia sedar, maka ia lalu bertaubat, sedangkan tempat ibadahnya itu ditinggalkannya, kemudian ia melangkahkan kakinya pergi mengembara sambil disertai dengan mengerjakan solat dan bersujud.
Akhirnya dalam pengembaraannya itu ia sampai ke sebuah pondok yang di dalamnya sudah terdapat dua belas orang fakir miskin, sedangkan lelaki itu juga bermaksud untuk menumpang bermalam di sana, kerana sudah sangat letih dari sebuah perjalanan yang sangat jauh, sehingga akhirnya dia tertidur bersama dengan lelaki fakir miskin dalam pondok itu. Rupanya di samping kedai tersebut hidup seorang pendita yang ada setiap malamnya selalu mengirimkan beberapa buku roti kepada fakir miskin yang menginap di pondok itu dengan masing-masingnya mendapat sebuku roti. Pada waktu yang lain, datang pula orang lain yang membagi-bagikan roti kepada setiap fakir miskin yang berada di pondok tersebut, begitu juga dengan lelaki yang sedang bertaubat kepada Allah itu juga mendapat bahagian, kerana disangka sebagai orang miskin.
Rupanya salah seorang di antara orang miskin itu ada yang tidak mendapat bahagian dari orang yang membahagikan roti tersebut, sehingga kepada orang yang membahagikan roti itu ia berkata, “Mengapa kamu tidak memberikan roti itu kepadaku? ” Orang yang membagikan roti itu menjawab, “Kamu dapat melihat sendiri, roti yang aku bagikan semuanya telah habis, dan aku tidak membagikan kepada mereka lebih dari satu buku roti.”
Mendengar ungkapan dari orang yang membagikan roti tersebut, maka lelaki yang sedang bertaubat itu lalu mengambil roti yang telah diberikan kepadanya dan memberikannya kepada orang yang tidak mendapat bahagian tadi. Sedangkan keesokan harinya, orang yang bertaubat itu meninggal dunia.
Di hadapan Allah, maka ditimbanglah amal ibadah yang pernah dilakukan oleh orang yang bertaubat itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun dengan dosa yang dilakukannya selama tujuh malam. Ternyata hasil dari timbangan tersebut, amal ibadat yang dilakukan selama tujuh puluh tahun itu dikalahkan oleh kemaksiatan yang dilakukannya selama tujuh malam. Akan tetapi ketika dosa yang dilakukannya selama tujuh malam itu ditimbang dengan sebuku roti yang pernah diberikannya kepada fakir miskin yang sangat memerlukannya, ternyata amal sebuku roti tersebut dapat mengalahkan perbuatan dosanya selama tujuh malam itu.
Kepada anaknya Abu Musa berkata, “Wahai anakku, ingatlah olehmu akan orang yang memiliki sebuku roti itu!”
Posted on 11:18:00 pm by egtanta and filed under | 0 Comments »
GANTI PUASA BAGI PESAKIT DIALYSIS
-
*Soalan :*
Bagi pesakit dialysis yang tak dapat puasa kerana uzur, adakah kena bayar
puasa juga bila mampu?
Jika tidak tahu bila yang mampu, boleh tak te...
Jejak Fakir Di Petra Jaya
-
Samariang, 5 Ogos: Dewan Muslimat PAS negeri Sarawak bersama dua orang
pimpinan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) iaitu Dr. Mardhiah Hayati selaku
Ketua La...
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni
-
Oleh *HARIS ZALKAPLI*
Persaingan merebut kuasa dan pengaruh dalam dunia Islam, terutama
melibatkan rantau Asia Barat antara Arab Saudi dan sekutu dengan ...
Jual Saham Proton : Bisnes atau Politik?
-
Saya agak terkejut apabila berita penjualan keseluruhan saham Proton kepada
pelabur luar diwar-warkan di media pada minggu lalu. Adakah ini sebahagian
s...
Syeikh Nawawi Marfu`
-
Pada tahun 1435 hijriyah negeri Nusantara merasa sedih sebab wafatnya
seorang ulama besar yang dengan kewafatannya sanad di nusantara turun satu
derajat...
Takkan nak tunggu jambatan keretapi roboh - Zailah
-
*KUALA LUMPUR:* PAS kecewa kenyataan menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow
Tiong Lai yang disifatkan tidak prihatin berhubung keselamatan pengguna
kereta...
BR1M - MURSYIDUL AM PERTAHAN PENDIRIAN
-
13 Rabi'ul Akhir 1434 H | 24 February 2013
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan
kenyataan berkenaan pemberian wang B...
Debat .. Islamikkah Ia ?
-
Sudah lama saya tidak menulis di dalam laman ini. Ya, bukan sudah tapi
sangat lama. Menulis perlukan tumpuan.Jika ingin menulis tentang resepi
masakan pun...
Lama Betul Tidak Menulis
-
Sangat lama saya tak menulis di dada blog ni.. Macam-macam perkara yang
membuntuti saya sehingga tidak dapat mengaktifkan blog peribadi.. Harap
lepas ni sa...
Boikot Media : Wajar walau sudah terlewat!
-
Setelah jenuh berperang dengan media yang memberikan laporan tidak seimbang
barulah kini timbul kembali isu boikot media. Jika tidak salah mendengar,
ra...
Kenangan Hari Raya Aidilfitri di Kaherah
-
[image: bustan mawaddah, kenangan hari raya aidilfitri di kaherah, asrama
darul iman, hayyu asyir, mesir,]
Sambutan Aidilfitri di Rumah Anak Negeri Teren...
Sirah Peperangan Rasulullah s.a.w
-
Nak mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana tatacara dan prosuder
peperangan Rasulullah s.a.w?Buku ini akan mendedahkan kepada pembaca
bagaimana murninya...
WelCome RamaDHan
-
Assalamualaikum dan salam 1 india.....lama rasa tak bagi nafkah apa-apa kat
blog ni..kalo bini aku rasa lama da lari...terima kasih kerana masih
setia...
Piramid Melayu Tersembunyi Di Lautan Jepun!!
-
Based on Japan's Mysterious Pyramids (Yonaguni)-History Channel
Writter : MistisFiles Editor/Photo : MacJay.Net
[Kali terakhir disunting pada 30/4/2011. Tur...
4 GOLONGAN SASARAN DAKWAH
-
*Menurut Imam al Ghazali,masyarakat yang menjadi sasaran dakwah itu
terbahagi kepada 4 golongan:*
1) Golongan yang jahil - golongan ini tidak berniat un...
Perjalanan
-
Saat menghayunkan kaki
bersama menjatuhkan pandangan
fikiran ku berputaran
pada sebuah perjalanan
yang dilalui kini ...
Tak kusesali langkah sebegini
biarp...
Perutusan MAAL HIJRAH 1432 - TG Presiden PAS
-
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Bagi pihak Parti Islam SeMalaysia(PAS), saya ingin mengucapkan selamat
melalui Maal Hijrah 1432 den...
Macam hari Jumaat pulak!!
-
Assalamualaikum wbrt.
Salam sejahtera...(ala-ala pembaca berita).
Sebenarnya hari ini ialah hari khamis, tapi disebabkan ofis yang sunyi
kerana ketiadaan ...
“UPDATE” Demam Peperiksaan Bermula
-
السلام عليكم . بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم.لا إله إلاَّ الله.محمد
رسو ل الله
الحمد لله رب العا لمين. الصلاة و السلام على رسو ل الله.اما بعد
Apabi...
BEKALAN SEPANJANG JALAN DAKWAH
-
Allah Subhanahu wa Ta'ala menghendaki - apa yang Allah Subhanahu wa Ta'ala
kehendaki ianya pasti terjadi - da'wah Ikhwan Muslimin tetap berjalan dan
terpel...
-
asalamualaikum
Kepada semua para pengunjung yang dikasihi marilah same-same kite fikirkan
kate-kate dari Rasulullah saw: ilmu terbahagi kepada dua: 1 . Ilm...
Sejarah Agama Nusantara kesan sehingga sekarang
-
Kini bebas berbicara mencari hakikat islam yang sebenar, sungguh indah dan
amat bahagia berada di dalam rahmat tuhan Allah pencipta seluruh alam.
Be...
PEJUANG AGAMA UNTUK AGAMA PASTI DIKENANG
-
Al-Fatihah kepada pemergian Tok Guru Hj Man Sg. Pau atau nama penuh beliau
Hj. Abd Rahman Salleh pada 25.10.2009 lebihkurang pukul 7.00 pagi. Almarhum
meru...
Ujian Yang Tidak Berfasal
-
Kejadian curi yang berlaku sehari dua ini agak gege kecoh juga
diperkatakan. Tangan ku terasa gatal-gatal pulak untuk membekaskan sesuatu
tentang hal ini....